Wednesday, 11 September 2013

Kesilapan lumrah dalam perniagaan

KEJAYAAN dalam perniagaan atau pekerjaan adalah 50:50 antara usaha yang baik dengan mengelak dari membuat kesilapan. Berikut adalah kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh usahawan, pemilik perniagaan atau perkerja pejabat sekalipun. Berusahalah untuk mengelakkan dari melakukan kesilapan-kesilapan ini demi kejayaan anda.




1. Terlalu memberatkan sesuatu ide

Kadang-kadang kita mendapat satu akal yang kita rasa sangat bagus. Kemudian kita menjadi taksub dengan cetusan ilham tersebut, seolah-olah tidak ada pilihan lain lagi. Ingatlah, ide yang bagus tak semestinya sesuai. Pelbagaikan ide dan penyelesaian untuk sesuatu masalah. Teruskan berfikir -- selalunya ide ketiga atau keempat yang datang selepas itu adalah lebih bagus lagi!


2. Tak ada perancangan perniagaan

Perniagaan adalah umpama perjalanan seribu langkah yang bermula dari langkah pertama. Dan langkah pertama yang tepat ialah membuat pelan perniagaan. Pelan ini boleh memberikan anda pandangan yang lebih jelas tentang apa yang diperlukan dalam perniagaan. Kebanyakan orang memulakan perniagaan "ikut rasa" -- ini ibarat si buta yang meraba dalam gelap. Pelan perniagaan akan memberikan anda peta panduan untuk halatuju perniagaan baru anda itu.


3. Tidak mengenali pelanggan anda

Siapa pelanggan anda? Kalau diminta menceritakan tentang pelanggan anda seolah-olah dia seseorang yang tertentu, bolehkah anda terangkan dengan cepat dan jelas tentang sifatnya, rupa wajahnya dan tabiatnya? Citarasa serta corak perbelanjaan pelanggan akan mempengaruhi perniagaan anda, dari segi barangan dan perkhidmatan yang perlu disediakan.


4. Tidak ambil tahu tentang perniagaan

Ini kesilapan yang lazim dibuat oleh mereka yang memulakan sesuatu perniagaan atau kerja disebabkan minat. Selalunya mereka tidak mahu ambil tahu tentang soal lain berkenaan perniagaan, seperti kewangan dan pengambilan pekerja. Membiarkan orang lain menangani aspek-aspek yang kurang penting ini adalah suatu kesilapan, kerana sebagai usahawan dan pemilik perniagaan -- terutamanya kalau anda mempunyai rakan kongsi -- anda perlu tahu kedudukan perniagaan anda secara menyeluruh setiap masa.


5. Tidak peduli tentang kakitangan

Kualiti perniagaan anda secara langsung bergantung kepada kualiti pekerja anda. Jadi perkara pertama yang perlu dititikberatkan ialah pengambilan pekerja yang tepat. Selepas itu, pekerja perlu dipantau dan diberikan sokongan supaya membuat kerja yang terbaik. Cabaran kepada usahawan dan peniaga baru ialah dalam memberikan motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Seringkali, jalan penyelesaiannya ialah kesabaran dan komunikasi dengan pekerja!


6. Keliru antara "kemungkinan" dengan "realiti"

Semua usahawan berjaya berteraskan kepada prinsip menukarkan kemungkinan menjadi sesuatu yang nyata. Usahawan yang berjaya mampu menjadikan sesuatu ide itu hidup dan mendatangkan keuntungan. Namun perlu berhati-hati supaya kita tidak terlalu dibuai mimpi sehingga lupa realiti.

7. Tiada pelan pemasaran atau penjualan

Berkait dengan pelan perniagaan, pelan pemasaran dan penjualan yang khusus juga penting kerana dua sebab. Pertama, mengenalpasti pelanggan serta pasaran terlebih dahulu akan memudahkan kerja menjual barangan disamping menjimatkan kos. Kedua, pelan ini memberikan anda cara untuk mengukur kemajuan serta perkembangan perniagaan anda. Anda memerlukan pelan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.


8. Membuat semua kerja sendiri

Mungkin anda seorang yang tahu segala-galanya, tapi ini tidak bermakna hanya anda seorang saja yang tahu bagaimana hendak membuat sesuatu kerja! Demi perkembangan perniagaan, anda perlu memberi ruang kepada pekerja lain untuk turut sama membantu. Agihkan tanggungjawab kepada pekerja lain supaya anda mempunyai lebih masa untuk ditumpukan kepada perkara-perkara yang lebih penting.


9. Tidak ada lembaga pengarah

Mungkin ini sesuatu yang tidak masuk akal kepada peniaga kecil. Tetapi hakikatnya, anda perlukan lembaga penasihat atau seorang mentor! Semua perniagaan memerlukan seseorang yang boleh memberikan pandangan secara objektif. 'Lembaga penasihat' ini mungkin terdiri daripada anggota keluarga atau rakan-rakan yang boleh dipercayai. Jadikan mereka ahli lembaga pengarah samada secara rasmi atau tidak, dan gunakanlah mereka untuk menguji apa-apa buah fikiran atau bila menghadapi sebarang masalah.


10. Mudah berputus asa

Berniaga adalah umpama belayar di lautan -- sekali-sekala tenang, tetapi kerap akan bergelora. Ingatlah, kebanyakan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Malah, kegagalan itu menjadikan mereka lebih kuat berazam untuk berjaya. Belajarlah untuk menerima sebarang kegagalan sebagai tidak lebih daripada suatu pengajaran dan anak tangga ke arah kejayaan.



**Artikel ini disusun oleh Hazwani Ramli dan diterbitkan dalam majalah Rezeki keluaran Februari 2011.

PANDUAN BINA BLOG PERCUMA

Pilih apa yang anda mahukan


Animated Recent Post Ver2
Animated Recent Post Widget
Background Blog Cantik
Background Dalam Sesebuah Entri
Backup Template Blog
Bagaimana Letak Kod HTML/javascript
BINA BLOG PERCUMA
Bonus Cikgu 2013
Buat Kalendar Islam
Buat Read More Dalam Blog : Cara 2
Buat Scroll Box Untuk Blog Archive
Buat Tab Menu / Navbar Menu
BUAT TEMPLATE
Budget 2013
Buka Link Baru Apabila Klik Pada Gambar
Cara buat borang tempahan
Cara Buat Dropdown Menu
Cara Buat Gambar Bergerak (Scrolling Image)
Cara Buat Perkataan Bergerak (Scrolling/Marquee Text)
Cara Buat Read More pada blog
Cara buat simbol hati(love) berguguran
Cara Buat Textbox Dalam Blog
Cara dapatkan url gambar
Cara letak border pada widget
Cara letak jumlah komen disebelah tajuk posting
Cara Letak Linkwithin Dalam Blog
Cara memasang share this post
Cara membuat cursor sendiri
Cara membuat link berkelip disertai dengan kerlipan bintang
Cara pasang back to top
Cara pasang burung twitter terbang
cara pasang butang show and hide
Cara pasang kod warna pada blog
Cara pasang kursor bintang berjatuhan
Cara pasang menu scroll pada blog
Cara pasang shoutbox melayang
Cara pasang widget animated recent post
Cara Unfollow Blog | Stop Following Blog
Daftar dan letak shoutbox pada blog
Disable Highlight Entri Blog
Disable Right Click
Download Athan Percuma
Energy Saver Untuk Blog Anda
Feedjit-Lebih 500 000 Yang Tengok Blog Anda?
Following Star Pada Cursor
FREE MUSIC CODE FOR BLOG
Image Magnify
Jadikan Cursor Anda Berkilauan (sparkle)
Kesan Khas Pada Gambar Apabila Dilalukan Cursor
Ketahui Bilangan Pengunjung Online Dalam Blog
Ketahui Jumlah Post dan Jumlah Komen dalam Blog
Ketahui Komen Pada Entri Melalui Email
keyword melalui imej
Kod warna
Letak 'Recent Comments' dalam Blog
Letak Background Gambar Pada Blockquote
Letak Button Back To Top
Letak Button Like Untuk Blog
Letak Emotion Icon Dalam Komen
Letak Facebok Button 'Like' Dalam Blog
Letak Facebook Like Badge Masa Blog Dibuka
Letak Facebook Share Button dalam Blog
Letak Flag Counter
Letak Gambar Sebelah Tajuk Entri
Letak Icon Pada URL Blog
Letak Kelopak Bunga Berguguran Di Blog
Letak kesan salji dalam blog (Snow effect)
Letak Like Box Facebook
Letak Ruangan Komen Di Bawah Entri.
Letak Signature Dalam Blog
Letak sistem rating pada blog
Letak Sitemap Di Blog
Letak Tajuk Entri Pada Read More
Letak Video Dari Youtube Dalam Blog
Letak Website Lain Dalam Blog
Letak Website Lain Dalam Entri
Letak Widget Popular Post Dalam Blog
Link animasi pada senarai label
Link Dalam Blog Warna-Warni ( Rainbow Link )
MEMASANG GOOGLE TRANSLATOR
Membuat backup dan menukar template
Membuat halaman statik pada blog
Membuat search engine pada blog
Mendapatkan kembali post yang didelete
Mengetahui jumlah pengunjung
Menukar jumlah komen pada artikel kepada perkataan
Misterlinky - cara mudah untuk pengunjung masukkan link di blog
Nak Buat IKLAN 5 JAM
Nak buat banner senang je
NAK BUAT BLOG.COM SENDIRI
Page FB Yang Lebih Style Untuk Blog
Panduan Buat Wang Lumayan Dengan Clickbank
PANDUAN DAFTAR EMAIL DI GOOGLE
Paparkan Saiz Gambar Maksimum Dalam Blog
Perkataan Ikut Cursor
Popular Post Dalam Blog (berdasarkan page view)
Post Entri Dalam Blog
Recent Post dengan Thumbnail Widget
Scroll Box untuk Widge
Setting Asas Yang Perlu Diketahui Oleh Blogger
Teknik Sembunyikan FB Fan Page di Blog
Tips Menaip Entri Dalam Blog : Part 2
Tukar Ayat Asal Linkwithin
Tukar Cursor Untuk Blog Anda
Tukar Gambar Apabila Dilalukan Cursor
Tukar Warna Background Blockquote
tulisan salji
Tutorial tukar template blog
Ubah Lebar Gambar Dalam Entri
Ubah Lebar Ruangan Komen
Ubahsuai pada paparan footer blog
Ucapan kepada pengunjung bila meninggalkan blog
Upload Gambar Dalam Blog
Upload Gambar Dalam Blog
Upload Video Dalam Blog
Website untuk download template blog
Widget Aidilfitri
Widget Bunga Bertaburan
Youtube : Video Player kepada MP3 Player

Mengenal Pasti Peluang Perniagaan

PERNIAGAAN bergantung kepada manusia dan aktivitinya. Selagi ada aktiviti-aktiviti ini, selagi itulah ada peluang-peluang perniagaan. Bukannya mudah untuk mengenal pasti peluang perniagaan, semua jenis perniagaan yang hendak kita lakukan, kebanyakannya telah dijalankan oleh orang lain.


Oleh yang demikian, kita takut untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan, kerana kita tidak dapat mengenal pasti peluang perniagaan. Tetapi peluang ini terdapat pada seseorang yang mempunyai sifat-sifat keusahawanan. Semua jenis perniagaan yang ada sekarang berpunca daripada DAYA PEMIKIRAN.


Berikut disenaraikan beberapa cara yang usahawan-usahawan gunakan untuk mengenal pasti peluang perniagaan.



DAYA FIKIRAN

GUNAKAN daya fikiran untuk berfikir setiap masa, tumpukan fikiran terhadap perniagaan, cuba ubahkan apa yang dilihat, supaya ia dijadikan barang perniagaan. Berfikir selalu. Gunakan daya imaginasi untuk membayangkan sesuatu yang boleh menimbulkan keuntungan, perkara atau barangan baru di pasaran. Jika kebolehan berfikir kurang, berkumpullah beramai-ramai dan adakan brainstorming. Perbincangan begini selalu berhasil mengeluarkan ide baru.


MELALUI MASALAH YANG ADA

SEGALA aktiviti-aktiviti manusia mesti menempuhi masalah. Baik urusan di rumah, di pejabat dan lain-lain hal berkenaan dengan kehidupan manusia pasti akan menempuh masalah. Walaupun sekarang zaman sains dan teknologi moden, manusia tetap mempunyai masalah, tidak ada perkara yang tidak bermasalah. Jadi dengan masalah-masalah ini kita boleh menukarnya menjadi punca masalah. Penyelesaian kepada masalah merupakan peluang perniagaan, gunakan daya pemikiran untuk menyelesaikan masalah-masalah yang ada, dan fikirkan cara perniagaan yang bersesuaian sebagai penyelesaian masalah. Kebanyakan daripada perniagaan yang ada sekarang berpunca daripada masalah-masalah yang dihadapi oleh manusia dulu kala.


MELALUI KEPERLUAN MANUSIA

Sememangnya kehidupan manusia, tidak kira apa bangsa memerlukan sesuatu untuk memenuhi kehendaknya. Manusia perlu makan dan minum, perlukan keselamatan, perlukan kesenangan dan kemewahan. Keperluan-keperluan ini biasanya berterusan tanpa berhenti selagi seseorang itu masih hidup. Dengan adanya keperluan-keperluan asas semulajadi manusia, usahawan terpaksa memikirkan barangan dan perkhidmatan yang baru untuk memuaskan hati manusia. Keperluan kepuasan hidup memang luas, boleh dikatakan dari segi makanan, keselamatan, kewangan, hiburan, pakaian dan lain-lain lagi. Keperluan semulajadi manusia telah menimbulkan beberapa jenis barangan seperti radio, televisyen dan telefon.


MENGKAJI SELIDIK BARANG YANG ADA

Barang-barang dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ada sekarang merupakan daya cipta, dan ubah suaian usahawan terdahulu supaya bersesuaian dengan keadaan sekarang. Tetapi oleh kerana aktiviti kehiduapan manusia terus berubah, barangan yang ada sekarang juga perlu berubah dan dikaji selidik. Perubahan kepada barangan yang ada dan rekaan barang-barang baru untuk barang-barang yang ada akan menampakkan bahawa barang itu barangan baru dan akan mendapat perhatian pengguna dan akan memberi peluang perniagaan kepada sesiapa yang mengubah atau merekanya.


MENELITI PERMINTAAN PASARAN

Kehendak dan keperluan pasaran berubah dari semasa ke semasa. Misalnya, pisang emas dan manggis untuk dieksport ke Jepun. Pucuk asparagus untuk dieksport ke Amerika Syarikat. Dalam segi perkhidmatan perniagaan, permintaan pengguna mewujudkan pasar tani dan pasar-pasar malam di beberapa tempat di Malaysia. Bakal usahawan terpaksa meneliti permintaan pasaran yang baru jika mahu mendapat peluang perniagaan.


MENELITI PERKEMBANGAN EKONOMI DAN PEMBANGUNAN NEGARA

Ekonomi negara juga berubah dari semasa ke semasa. Projek-projek pembangunan juga ada dari semasa ke semasa. Dengan adanya aktiviti ini, usahawan dapat mengenal pasti di mana projek-projek ini akan diadakan dan bagaimana kita boleh menceburkan diri dalam pembangunan tersebut. Misalnya, apabila ada rancangan Pembangunan Bandar Sungai Buloh, tuan punya tanah menaikkan harga tanahnya dan peniaga-peniaga lain berebut-rebut membeli tanah di Sungai Buloh. Sehubungan dengan rancangan ini, banyak projek-projek perumahan telah didirikan sebagai mengambil langkah merebut peluang perniagaan. Jika ada pembangunan dan projek baru, pasti akan ada juga peluang pembangunan yang baru.


MELALUI PERGAULAN HARIAN

Perhubungan dan pergaulan harian kita dapat memberi peluang perniagaan kepada kita. Dengan cara mengumpulkan maklumat-maklumat yang diberi, mungkin ia dapat diubah kepada satu perniagaan, dan kadangkala tawaran terus kepada kita sebagai peluang perniagaan. Misalnya, jika kita bergaul dengan pengurus bank, sedikit sebanyak maklumat-maklumat yang kita bincangkan bersama dapat dijadikan perniagaan. Lihat apa yang diusahakan oleh rakan-rakan kita. Dengar apa yang dicakapkan oleh orang-orang di sekeliling kita, proseskan, maklumat ini boleh digunakan sebagai sumber perniagaan.


MELALUI BACAAN

Segala ide-ide baru yang diketahui oleh orang ramai melalui bacaan. Segala teknologi baru yang akan di keluarkan biasanya disiarkan di suratkhabar atau majalah. Jadi sebagai bakal usahawan, seseorang itu mestilah cepat dalam mendapat maklumat-maklumat terkini dan bertindak segera sebelum diketahui oleh orang lain. Peluang-peluang perniagaan banyak terdapat di suratkhabar tetapi orang ramai tidak dapat mengenal pastinya sama ada ia adalah peluang perniagaan atau tidak. Hanya orang yang mempunyai sifat-sifat usahawan dapat mengetahui yang mana peluang perniagaan dan yang mana bukan. Misalnya, suratkhabar dan majalah selalu mengeluarkan iklan mencari pengedar, mencari rakan kongsi, menjual perniagaan dan sebagainya. Bacaan-bacaan harian dapat membawa kita kepada peredaran pasaran, pembangunan negara dan mengetahui teknologi-teknologi yang baru di pasaran.


MELALUI KEMAHIRAN YANG ADA

Kemahiran seseorang merupakan punca perniagaan, kemahiran ini boleh dijual sebagai perkhidmatan atau kemahiran ini juga boleh mereka jadikan barangan baru untuk dijual. Contohnya, tukang-tukang besi yang membuat pagar-pagar besi dan rekabentuk berasaskan besi, ahli senireka yang membuat barang seni yang dijualkan di pasaran dan pelukis-pelukis yang menjual lukisannya. Seseorang yang pakar dalam bidang pendawaian elektrik sesuai untuknya berniaga sebagai juruelektrik dan pemasangannya. Begitu juga, sesiapa yang banyak pengetahuannya untuk segmen ceramah, seminar dan lain-lain kursus. Banyak lagi kemahiran yang boleh digunakan sebagai peluang perniagaan.


**Artikel ini disusun oleh Hazwani Ramli dan diterbitkan dalam majalah Rezeki keluaran Februari 2011.